Struktur Bangunan Tenghilan

Pada mulanya, pekan Tenghilan mempunyai satu deret sahaja bangunan rumah kedai kayu yang dibina pada tahun 1930 oleh British. Rumah kedai kayu ini adalah jenis bertingkat iaitu bahagian atas adalah ruangan untuk kediamaan bagi para peniaga manakala ruangan dibawah khas untuk menjalankan urus niaga yang kebanyakan diusahakan oleh golongan cina. Bangunan rumah kedai kayu ini juga mempunyai ruangan kaki lima yang luas untuk meletakkan barangan yang lain untuk berniaga dan juga kawasan untuk pejalan kaki. Struktur bangunan pertama yang dibangunkan diperbuat daripada kayu dengan strukturnya bertangga dan permukaan lantai pula adalah bersimen. Pada tahun 1955, sebuah deret bangunan rumah kedai telah dibina untuk menggantikan bangunan rumah kedai yang lama. Namun kedai lama yang dibina masih utuh dan kuat untuk dijalankan urus niaga sehingga kini. Terdapat juga bangunan baru yang dibina berdekatan dengan tapak kawasan Tamu. Pada tahun 2014, pekan kecil Tenghilan memiliki bangunan kedai baru dengan struktur bangunan konkrit adalah 9 unit 2 tingkat yang memberikan kemudahan lebih kepada masyarakat di sana. Pekan Tenghilan disenaraikan sebagai bangunan rumah kedai bersejarah di Sabah.[6]

Rujukan

WikiPedia: Tenghilan http://ajinbgagah.blogspot.com/2014/01/banjir-menc... http://www.kampungmolisautenghilan.blogspot.com http://www.mysabah.com/wordpress/sunset-fireflies-... http://www.sabahtourism.com/activity/tamu-weekly-m... http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/1... http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/6508d774... http://journalarticle.ukm.my/11946/1/14406-73982-1... http://tenghilan.wikimapia.org/ //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=T... https://anjunglarik.blogspot.com/2008/06/tenghilan...